Lilypie Kids Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

January 21, 2010

Personal Loan Vs OD Vs Personal Saving

Adapun kunci rumah belum nampak lagi lubang idung.. tapi sebagai menteri kewangan hamba telah start pecahkan kepala membuat kira-kira kos yang perlu d keluarkan bagi renovation bukan reno la kan, perkara basic yang perlu cam grill,cat umh, kitchen kabinet,hiasan dalaman etc.

apapun hamba budget kos d perlukan adalah dalam 20k

makanya ingin pendapatan tuan-tuan hamba sekalian yang kaya dengan pengalaman dan duitan

persoalan hamba adalah

berdasarkan pengalaman tuan hamba semua mana lagi elok
ambil
1. Personal Loan
2. Buat OD dengan cagarkan sijil ASB
3. Keluarkan duit ASB (huhu mak rasa sangat sedih if ini pilihan terbaik kah kah penat giler ku kumpul duit slama ni weeh) or wajar amik duit ni hmmm


tolong -tolong berkongsi bank mana offfer interest yang meletup n best ataupun alternatif lain yang ada



8 comments:

Unknown said...

pendpt sy yg tak berapa arif ialah buat OD dgn cagarkan sijil ASB sbb interest utk OD adalah paling rendah berbanding personal loan.
then div utk ASB masih boleh dikekalkan setiap tahun.
ambik duit ASB amatlah sayang sbb nti div n bonus ASB taraklaaa kalo duit dh berkurang kan... (kami dulu buat pilihan ni sbb tak berapa arif lagi bab2 OD-masa tu belum celik OD)
tapi OD ni kena betul2 belajar cara guna dan cara pengiraan interestnya ye, supaya keuntungan tu sentiasa berada di pihak kita.

FAM said...

mak tumpang happy nyah ko nak buat reno2 ni, tp nk tlg bg idea mak clueless. happy renovating!

m-i-o said...

alamak! sy tak berapa tahu bab ni tp nyebok nk mencelah jugak :P

pd pendapat sy interest utk personal loan sgt tinggi. rugi, rugi.

tp sy pernah dgr seperti yg lailasani katakan, jadi mungkin cadangan beliau boleh digunapakai.

bab nk keluarkan tabungan itu amatlah perit. akan tetapi tabungan itu boleh di'top-up' semula dn kita tak terikat dgn bayaran2 yg tak sepatutnya kita keluarkan etc utk byr interest dn menatang2 yg sewaktu dgnnya.

alamak, komen sy tak menyelesaikan masalah. hmmm.

apa kata nyah survey bayaran ansuran tanpa faedah kat kontraktor? skrg byk kontraktor offer gitu.

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

saya st jahil padal OD ni, tp if personal loan u bleh pergi public bank, interest around 3.4 to 3.8 % rasenya, the lowest antar bank lain :P
btw jemput singgah my blg ya!

miz_eda said...

zaman saya renovate rumah dulu time tu kebetulan jugak dapat bonus..so pulun duit bonus untuk renovate rumah..

untuk kes Mama Adib, saya cadangkan guna option no 2 tu kot? saya pun ada OD tp mcmana nak guna and mcmana nak kira faedah sumer tu mmg tak penah amik tau sbb semata2 bergantung pada financial planner :P

MS said...

Lailasani

yaa mak tengah gigih study OD ni,rasanya OD adalah pilihan terbaik.

MommyDania

belum leh happy lagi kunci lum nampak lubang idung he he

MIO

ansuran tanpa faedah ngan kontraktor itu pun idea bernas beb

UmmiNor
trima kasih berkongsi mak dah buat lawatan tapak ke umh awak

Miz-Eda
syioknya awak dapat hire Financial Planner sbg penasihat.

Kongsi-kongsi la ilmu he he

saya ni blaja true google itenet jer

Unknown said...

err... nk artikel ttg OD?
taklah terrrrrrrrlalu detail, tp buleh digunapakai... dan senang jugak utk difahami.
sila emailkan email add awak ke lailasani@gmail.com ye...

MS said...

lailasani

kocik tapak tangan email ku berikan
trima kasih

Powered By Blogger