August 11, 2009

Sweet talker

ku dah lama kering idea, tak tau nak update pebenda

tapi bila baca sweets talker dari aniq ku pun teringat kata-kata manis menyejuk kalbu anak bujang ku

  • "mama tak marahkan" - kalau dia terbuat salah......... dengar jer kata-kata gini mama terus sejuk nak oooi
  • "adib minta maaf" - memang mama sentiasa memaafkan mu nak
  • "tadi air tertumpah, tapi adib dah lapkan" - ngeeeeeh senyum lagi mama
  • "kenapa mama marah adib..." - ooh terus mama rasa bersalah dan kena explain kat adib
  • "mama ni, asyik marah adib jer" - ko membuatkan kemarahan mama terus reda...huhu mama kena lebih banyak bersabar sayang
  • kenapa mama cakap kuat-kuat? - mak pun terus turunkan tune volume mak yang terkuat tanpa sedar uwaaaaaaaaaaa

ada satu ayat dan peristiwa yang ku amat sian kat my adib

ku sepit ketam terkuat sangat bila dia buat peel ahad lepas, sampai hari ini ada lagi kesan lebam kat paha. bila lepas mandi, mesti nampak kesan lebam,adib mesti kata.....

"adib tak kan buat lagi, nanti mama cubit sakit"

huhu sian my adib

apa pun mama nak adib tau, mama cuma marahkan perangai adib,yang kekadang sukaaaaaaaa uji tahap kesabaran mama, tapi mama amat sayaaaaaaaaang anak mama.

anak mama good . :-) i love u sayang.




6 comments:

MommyDania said...

kesiannya. xpe..at least dia tgk lebam tu terus jd reminder xnak buat lg. kan?

::Umi Sufira:: said...

alahai sejuk hati mama yer adib!:)

mommyluvadmh said...

Bestnyeee

::Umi Sufira:: said...

Ops nak tambah komen lagi...silalah datang ke blog saya untuk kutip TAG yer:P

yaya said...

bestnya anak dah tau cakap macam2, adam masih bahasa perancis baru beberapa perkataan yang dia bleh sebut, tu pun kekadang ade pelat...

Mama Adib said...

MD

anakku dah lama tak kena.. ha ha harap2 ingat laaa buat selamanya


US

itu laa saja penyejuk mata penawan kalbu ku buat masa ini ha ha

Yas

Apa yang best?? kena cubit ke ha ha

US

nati ku kutip, mood nak memblog ke laut


Yaya

tunggu..bila tiba saatnya siap la ko