sila laa baca, bagus ni
Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Jangan ambil ringan tentang cara mendidik anak kita hari ini, kerana ia akan mempengaruhi peribadi anak kelak.
Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.
Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.
Apa saja yang kita terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.
hasilnya " eh bukan ke xxxx mama terlupa yea"
Sentiasa meransang dan memberi galakan. Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat
Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.
Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak
Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.
Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan
Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.
Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.
Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.
Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.
Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri
Berlemah lembut terhadap anak-anak
- Jangan memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
Berusahalah mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
Sentiasa bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
Melahirkan suasana yang seronok ketika makan
Tidak membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
Sentiasa melahirkan dan menzahirkan kasih sayang
Jangan mengeluh di hadapan anak-anak
Sentiasa meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
Selalu mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
Sentiasa memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
Selalu melibat diri dengan urusan pelajaran anak-anak
Sentiasa menitik beratkan masa rehat dan riadah anak-anak
Bergurau dan beriadahlah bersama anak
Selalu menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
Mengajar dan melarang anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
Sentiasa menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
Selalu meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
Tiada jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
Sentiasa menggunakan bahasa yang betul
Jangan bertengkar di hadapan anak-anak
Tidak menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
Selalulah membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
Tidak memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak,
Tidak terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
Sentiasa menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
Sentiasa menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
Pupuklah semangat membaca di kalangan anak-anak
Sentiasa bersedia melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
Berilah perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
Memberi penghargaan kepada anak-anak
Jangan sekali-kali meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak sebaliknya menasihati dan memperbaiki
Memberi hukuman yang dirasakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan tidak keterlaluan
Jangan mengancam dan menakutkan anak-anak
Jangan menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
Perlu konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
Memberi nasihat yang berguna kepada anak-anak
Bersikap tegas dalam mendidik anak-anak
Sentiasa menggalakkan anak-anak untuk hidup bekerjasama
- Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
- Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
- Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
- Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
- Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
- Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
- Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
- Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
- Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
- Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
- Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
- Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
- Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
- Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
- Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
- Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
- Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
- Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.
- Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
- Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
- Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
- Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.
Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.
sekian. Sharing is caring
3 comments:
alamak...
bagus gak akak peringat zah pepagi ni...semlm penat sgt tak terlayan anak sampai anak merajuk takmo tido ngan zah...baru umur 6 bulan dah pandai bb zah tu tunjuk protes..huhuhu
tq kak..
bagus sangat info ni. yg tak elok kena perbaiki
"jangan biasakan anak tidur tertiarap"
kenapa yea? anak saya suka tidur tiarap
Post a Comment