Lilypie Kids Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

August 23, 2009

Berbuka di rumah mak long n pak long D1





Berbuka beramai -ramai amat yummeh


Sakan kitorg makan, en hb siap tambah nasi kerabu,tambah bukan sebarang tambah, lebih banyak dari 1st pinggan he he
pendek kata semua org kekeyangan cam ikan buntal

D menu for that day
  1. Nasi kuning /putih
  2. Ulam nasi kerabu
  3. Ikan celup tepung/telur masin/keropok keping dan adik bradik for nasi kerabu
  4. akok (d bawa langsung dari kelate)
  5. Tepung Pelita -wah sangat sedap 3 ketul?? ku tibai
  6. Pulut pisang??? betul ke nama he he
  7. Tembikai
  8. Air - bandung , cencol, teh panas
  9. buah rambutan and langsat
  10. tambahan lauk yang sahur yang tak d makan ***
  • telur masak sambal
  • kerutuk/gulai ayam?? eirk lupa nama laaa




***Sebelum itu kita org bergelak sakan dulu mendengar cerita kakak aku sekeluarga tak bangun sahur on d1, tak sangka lak badi tu kena kat aku hari ni

Selepas makan bebudak sakan main kat luar cam raya lak..... berpeluh-peluh semua bebudak.

pst : mak long sila jemput kami berbuka lagi yea.


2 comments:

mommy2h said...

Marhaban ya Ramadhan
Selamat melaksanakan ibadah Puasa ya….
Maafkan salah dan silap sepanjang perkenalan

Salam Ukhwah

Nor dan keluarga
Saitama, Japan

MS said...

Salam ramadhan kembali Nor

Sama laa kita, maaf an silap yea sepanjang perkenalan

Powered By Blogger