July 14, 2009

Banjir

Berbalik kepada transformasi yang saya cuba lakukan ke atas anak bujang saya, semalam seperti biasa dia tak mau pakai diaper dia

'adib dah besar laa mama" - ayat standard anak aku

makanya ku layan kehendak anak teruna itu, dalam pukul 3 pagi ku tersedar, yaa harus ku pakaikan itu diaper kat dia, ku amat yakin jika tak pakai akan banjir

seluar berjaya di buka, tup2 dia g tonggengkan bontot tidur atas bantal dia lak.

wah mak tau, dia mesti ala-ala tersedar dan tak mau ku pakaikan diaper

tetiba........
bunyi cam paip mengalir............ banjir terus bantal n toto

mak terus hangin huhuhu

ku cuba kejut dia, dia buat tidur mati

ambil bantal tersebut, pagi2 buta ku buat operasi basuh bantal.

toto yang basah ku lipat bagi elakkan lagi banyak bantal2 lain menjadi mangsa.

Geram sangat, ku tidur kat sofa... tak mau tidur sebelah dia..

bukan dia tak sedar beb, dia tau ... teresak-esak nangis nape mama taknak tidur dgn adib.

terpaksa laa ku tidur sebelah dia.

Pagi tadi dia ulang ayat sama

"mama kenapa mama tak tidur kat sini, sinikan tempat mama"
"camne mama nak tidur, adib kencing kat toto, sekarang tengok toto kita dah jadi kecik, dah takde space untuk mama"


Pagi ni ku tinggalkan begitu jer, yaa tak sempat nyah ooi, mak berkejar dengan masa.

huhuhu... lunch hour sat lagi, balik umah buat operasi mop lantai n hanta toto ke dobi.........arrrrrrrrrrrrrrrgh




7 comments:

madamoiselleczar said...

yeah..aku pon baru jek malam tadik jadik `incredible hulk'...tak tahan weih...pepagi jek nak kena membasuh comforter bagai...manakan nak menukau cadar lagik..berat tilam tu aku nak tarik..mau terbanak silap gayanyer..huhuhuhu

MommyDania said...

aduss..fasa yg ni yg blh jd t rex bagai nih ek. dania siang kt rumah xpakai dyper tp dh kencing baru habaq. poning mak!

yaya said...

aduhhhh... risau i nak mengajar adam ni nanti camne yek, dengar cite budak lelaki memang suka kencing malam walaupun dah sekolah rendah, harus share tips kalau dah berjaya ni mama adib!

mamaDhea said...

ah ah ah.. tang ni laa yg buat aku selalu kansel niat aku utk mendiaperless kan dhea time tido.. klu nak buat jugak, kena tido bawah beralaskan toto jugak laa kekdahnyer.. :D

Mama Adib said...

MdmZ

muah muah muah, yea beb ku lepas mop lantai rasa cam nak patah pinggang... ngeh

payah anak perasan besar ni, padahal kencing mlm lagik

MD

kencing kat lantai jer takpe, kat toto, sofa, bantal, tilam itu yg grrrrrrrrrrrrr tuh

Yaya

depends pada budak jgk laaa, kalau anak kita dah kurang susu or minum malam kadar akan berjaya freekan dari diapers akan besar, tp kalau yang sejenis adib ha ha

minum lebih dari 6 botol aka 6 cawan belah mlm memang berchenta laaa nak grade

MDhea

tilam pun boleh beb, ko alas laa pulak apa eee, ku lupa alaa cam bb punya time kt tukar pampers tuh... dgn syarat anak tidur tak buas cam adib, anak aku merata tidur

kekadang d luar dari kawasan toto pun dia leh bergolek2 n tidur

mySoul said...

yang aku tgk anis dulu kan, dia mmg kejut anak dia bgn utk kencing. sebelom tido pastikan kencing, pastu kejut lagi utk kencing.

anak no 2 dia pun dia guna teknik yg sama.

tatau lah kalu adib dah bgn kekgi tamo sambung tido! huhu

Mama Adib said...

beb

anak aku jenis tidur mati punya org, tak tau laa dia buat tidur mati ke buat-buat tidur mati.

yg kes dia kencing kat bantal tu, ku melalak2 marah kat dia, dia buat maintain jer tidur, geram aku

lepas ku buat ala merajuk tidur kat sofa laa baru dia nak nangis suruh aku tidur ngan dia huh