Selama 3 tahun benda alah ini menjadi penyelamat dari pt ais aku d ganggu gugat oleh my adib.
Pantang alpa jer
Pantang alpa jer
- Dia akan buka dan duduk kat depan pt ais tu, sambil makan dan minum.... best sejuk katanya
- Ada je laa mainan dia dalam pt ais
- hp aku, kunci umh, hp laki aku, remote control pendek kata kalau tak jumpa barang kat umah sila tengok kat peti ais
- Dia akan ubah paras kesejukan peti ais aku menjadi sejuk yang amat (tahap maximum) atau deforst terus huhuhu (ini paling ku gerun buat time aku nyimpan susu kat bb nanti nangis tak hinggat aku.
- Soya beans 1 liter dia boleh habiskan skali minum jer (termasuk tumpah laa yea)
Biasa ku memang bagi peluang dia buat air, yea laa bagi laa peluang anak blajar benda baru
tapi perlu d monitor tidak kalu, bancuhan segelas air ribena dia = 3 gelas air rebina yg ku buat.. pekat dan manis giler.
Untuk langkah keselamatan bagi kes-kes dia atas, memang ku pastikan ku lock sentiasa pt ais aku.
bila aku ada kat kitchen baru laa ku bagi dia buka dan ambil sendiri makanan or minuman dalam peti ais.
Tapi semalam.......jeng jeng jeng
masa ku tengah mandi ku dengar bunyi peti ais d buka
ku lupa lock ker?? hmm takpe laa salah aku
lepas je mandi tengok dia tengah gumbira minum dan mengelap air soya yang tumpah
"mama, tengok tumpah skit jer, adib lap"
"ok" ku ambil baki dalam kotak, simpan dalam peti ais dan lock
lepas solat isyak ,anak aku buat operasi lagi sekali
botol ribena, jug air masak, air soya, 3 cups dan satu spoon
"adib buat apa"
"adib buat air kat mama, tp tumpah skit je maa"
mak diam jer, walau dalam hati dah membara tengok dia buat ribena pekat giler.
" macam mana adib buka pt ais"
dia bangun... tunjukkan cara
"adib tekan laa atas dan bawah"
"wah pandainya anak mama"
"yea laa ma, adibkan pergi school, mesti laa pandai"
huhuhu hancur hancur lepas ni makin pening laa aku. my adib dah pandai buka lock peti ais uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
8 comments:
ngeee.. jawapan baikkk punyaa.. kah kah kah.. lepas ni kena buat double triple lock la kaedahnya..
guna lock mangga la pulak!
hahhaha
budak sekrg memang bijak,,
biasa hakim... bagi alasan
tak ada apa2 ibu. (kes buat salah)
tu maknanya ada apa-apalah tu
Muehehehehhe.... pening gak nak cari alasan kalau anak dah pandai menjawab dengan jawapan bijak. Aduh gerun haku kalau dah sampai turn nanti...
kahkahkahhhh...bijaknye adib...kat skolah cikgu mesti ada ajor adib mende nih kannnn....;p
hahaha bijak jawapan ADIB...
heh budak skang ape yg diorg xtau..
CY3.5
pt ais aku kocik jer, buat triple double sgala tak guna, dia boleh jengket jer nak buka benda tuh
MD
lock mangga?? huhuhu ku takut aku lak takleh buka kah kah (buat ku lupa mana simpan kunci )
Masayu
aku bila ayat
"mama tak marahkan??" huhu kita nak marah pun tak jadi tau
Yaya
he he ku tengok muka comel adam tu memang dah tau ko kena bersiap sedia dari sekarang kah kah
Intan
tak tau laa, makin lama makin panjang akal anak aku nih huhuhu
Mummy Dasy
apa yang tak tau satu hal, rajin teramat satu hal.
nak bancuh air sendiri, cuci plate cup sendiri,basuh baju sendiri ngeh....
memang dia tak sabar nak besar.
Salam...kt mane nk beli alat kunci peti ais?..
Post a Comment