Hasil scan hari ni kedudukan plasenta aku amat hampir dengan rahim.
Doc kata jarak cuma 3cm, boleh mengakibatkan pendarahan time bersalin nanti.
Mak yang mendengar terkebil-kebil jer, idak le ku faham sangat deknon ooooi
Masuk jer opis terus mak google.. pasal plasenta rendah ni
ini skit maklumat pasal benda ni kut2 korang pun tak tau pebenda laaa plasenta rendah ni.
Placenta-previa-nyawa-ibu-anak-terancam
Jika tidak dirawat boleh mengalami masalah kekurangan darah
Mengalami pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.
Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. (setakat hari ini ku tiada pendarahan lagi Nauzubillah)
Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.
Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.
Punca, jenis dan faktor risiko
Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.
Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
- Jenis I atau uri rendah. Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.setakat scan hari ini ku berada d tahap ini, next scan 20 Aug 2009 @ 34 weeks harap2 ku takde masalah dan uri aku akan naik ke tahap normal.
- Jenis II atau pinggiran. Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.
- Jenis III atau separa. Uri menutup separuh pangkal rahim.
- Jenis IV atau lengkap. Uri menutup seluruh pangkal rahim.
Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.
(aku dah lebih 30 minggu huhuhu)
mak takut nyah.
Semoga mak n bb selamat. Amin
13 comments:
i had this masa preggykan Arif.. doc kata sbb aku ada angkat berat (Amir le tu..).. tp kalau dah sekian² tahap, mmg dia takde bagi kau baliknya.. tahan terus.. ada kes mmg bedrested sampai hari bersalin.
apapun, aku doakan semoga selamat semuanya.. meantime, stop buat keje² berat berbagai..
MA, tu yang orang panggil uri belah bawah kan....Dulu ada kawan yang kena camtuh jugak and dia kena bedrested and bersalin awal dari due...UL lama jugak dari kerja...papepun MA doala banyak2 semoga MA nya level bukan di tahap serius...kalau ada pendarahan cepat2 pegi doktor OK...semoga semuanya selamat..amin..
masa pregnantkan imran dulu pun uri aku ke bawah jugak. tak ingat le minggu ke berapa. kalau tak silap doc ada bagi folic acid. makan bersama2 dgn obimin. alhamdulillah lepas tu naik balik.
take care beb. insyallah semuanya selamat.
mama adib,
bykkkan doa dan berehat ye. I pray for you...
Insya Allah sume selamat..hv faith!
take care beb! semoga selamat semuanya!
:)
masih ada masa lagi
doa banyak2
sy juga harap MA, akan bersalin normal dan selamat semuanya
jangan sedih2,,
jaga diri jaga kesihatan
aku doakan ko ngan baby selamat. Itu saja...
sama la. doakan MA dan baby selamat semuanya. aminnn
CY3.5, US, ZZ,Nur, KNV, Masayu, ML,MD
Trima kasih atas doa kalian semua.
SAlam mamaadib n adik..
Takder apa2..insyaAllah..
May Allah Bless u
Mamadanish
Salam, Amin atas doa awak.
kak..same ke uri ke bawah dengan rahim rendah..sebab hari tu saye g check up doc kate rahim saye rendah..die kate x perlu risau klu xde bleeding...tp saye risau gak nih
Kedengarannya bagus, saya suka membaca blog Anda, hanya ditambahkan ke favorit saya;).
Post a Comment