Lilypie Kids Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

June 12, 2009

Sepetangsemalam bersama my adib

Dah dua hari aku berjaya padam lampu @ 10 pm

biasanya pukul 10.30 aka selepas handy manny abih loooor.

sebenarnya ku dalam proses nak tune kan bedtime adib kepada pukul 9.30 pm muah muah muah boleh ke eee???

aku kagum tul dgr citer sis aku anak2 dia 9.3pm semua dah tidur.
serius tak tercapai dek akal fikiran ku.

ok let me share kisah setiap petang aku selepas balik keja, mana tau korang leh bagi idea camne ku nak ubah time manangement aku supaya berjaya menidurkan adib at 9.30pm

  1. amik adib @ daycare 5.45-6.00 pm
  2. g pasar mlm or beli lauk pauk
  3. reach home at 6.30-7.oo pm
  4. rehat seketika, buka tv my adib layan susu, naik basikal
  5. kalau terajin, bergegas masak, kalau dah beli kat pasar mlm suap nasi kat adib
  6. ku mandi, solat tgk berita sambil makan
  7. solat, lipat kain / basuh kain (ha ha ini jer keja aku) while my adib lak, main nga puzzle or doh aiskrim nya or ku suruh dia buka latihan mate kaa, tulis2 kaa, color2 kaaa, uji dia leh baca ayat ayat mudah kaaaa
  8. alamak dah pukul 9.30 citer dibo dia dah start, kalau citer dah bermula, memang ku tak leh tutup looor idak kalu melalak laa hero aku tuh
  9. abih dibo cepat2 tutup tv, tutup lampu, ajak dia gosok gg, aka = 10pm
  10. taraaaaaaa, sessi baca buku


sila telengkan kepala dan tengok senarai buku yang perlu kami bergelak baca dan mengira tiap malam

tambahan satu buku ada kat tangan my son bertajuk "Look and Learn Number"

lepas tu sessi kencing, minum susu, susu lagi kencing lagi dan susu lagi dan upon request susu lagi baru laaa my adib lena........

akhirnya time my adib lena tetap dekat kul 12 loooooooooooor

apa kata survey, camne nak bagi anak aku tidur awal.

  • pst : dulu-dulu ada org cakap, bila adib dah g school automatik dia akan penat and tidur awal, rupanya sama je time tidur dia.
  • ku nak ubah time tidur dia, dengan harapan pagi dia leh bangun awal, dah 6 bulan ku berchenta kejut dia pagi2 susah yang amat sangat.



9 comments:

Masayu Ahmad said...

sejak saya dok umah budak bertiga ni dah susah nk tidi awal. kalau tak jam 12 mata depa segar bugar, dok main kejar2, lompat2 atas katil

kalau tak dulu jam 10 dah tutup kedai

Diver Mom said...

tak tahu la.. alia payah saya nak train tidur awal, coz di rumah babysitter dia, dia tidur banyak time siang! so malamnya dia x ngantuk la.. kalau kita suruh tidur juga, alamat nangis la dia.. :(

FAM said...

mak xde idea sbb anak mak pun cam adib jgk! semlm kul 1am dia tido sbb sedara mara dtg, kira rumah happening. tp pg td elok pulak kul 7am dia bgn.

Unknown said...

kalau saya boleh bagi idea, try 1 atau 2 malam, tak payah bagi dia tgk cartoon dia masa dalam pkl 8-9 tu.. masa tu, bagi dia main toys.. gerak2 sikit dalam rumah.. bagi dia letih.. insyaAllah, dia akan lupa kat rancangan tv tu n cuba buat rumah jadi condition sesuai untuk tidur, kurangkan lampu, pasang kipas.. tepuk2 bantal.. huhuhu.. selalunya dengan saya sekali tertidur

cubalah.. mana nak tahu.. lagi lambat ajar dia kurang tgk tv, nanti bila dia dah tahu masa, mesti lagi dia tahu rancangan pukul berapa.. time tu lagi susah

Unknown said...

takleh nak komen sebab anak saya pon tido lambat! huhuhu. cuma kadang2 je bila siang tu dia penat sangat baru la tido awal dalam pukul 10pm gitu.

hm, mungkin boleh gantikan sesi kartun tu ke sesi membaca sambil bergelak-gelak?

mamaDhea said...

anak2 aku pon lepas gedebak gedebuk tido kul 12 gak.. ahaha..

mlm dhea tak tgk kartun sbb mlm time org2 dewasa plak tgk tv.. ahaha..

kdg2 klu tinggal kitorang ber-3, baru aku bg dia tgk kartun supaya dia dok dendiam tak kaco hadif & aku kat dapo etc.. :D

so, kesimpulannya...er, tak dapek nak nulung.. :D

IntanSham said...

hmm..anak2 mak punye pattern..bile mak ajak msk bilik,tutp lampu (mesti gelap) tido laa dia. biasa plg lmbt pun kul 10 laaa. slalunya 9.30 tu dia dah beri sign nak tdo, x kira laa walopun siang tu dah byk tdo ke tak. cdgn aku.. takyah bg tengok kartun. 9.30 tu ko gelapkan umah..ajak dia tido...sekali dua maybe dia x nak..lama2 ok kot,,

miz_eda said...

aci tak saya cadangkan Mama Adib tanggalkan kad astro tu..konon2 astro dah terminate so sah2 la takde chance nak tgk dibo..:)

Mommy2H said...

mamaadib, cadangan saya sama dgn yang lain..kol 930 tu takyah tgk kartun terus bwk masuk tido, baca buku tetapkan bilangan, katalah tiap2 ari baca 4 buah buku, baca 4 ajer jangan lebih jangan kurang jangan ulang. pastu simpan. routine kami last sekali baca big muqaddam yang saya buat, baca satu surah. nih kira sign end of bedtime story books.
tutup semua lampu, biar gelap. biasanya mula2 tu mcm2 la dia minta nak air la nak kencing la tapi saya pura2 dah tido mati..air sebelum masuk tido dah minum, kencing semua dah so semua tu hanya taktik budak2 nih tak nak tido..lama2 tgk mak nyer dah mcm tido mati nnt derang give up la..tido jugak..
memula tu seksa jugak nak pura2 tido kdg2 amek masa sampai sejam tapi bila dah terbiasa dgn routine nih senang je lps tuh..good luck!
ps: my 2H tido kol 8 setiap hari bgn kol 630 or 7..

Powered By Blogger