May 7, 2009

Kenyang

cerita semalam
Pukul Menunggu jam 7.20 semalam terasa sangat lama,
Dalam pukul 5 .3 ketika nak solat,terpandang orang memegang tumbler berisi air kosong, mak rasa mcm best sangat hu hu hu hu
Pergi pasar malam, nafsu aku membuak2 semua mau beli
  • nasi kerabu
  • laksam kelate
  • air soya
  • setengah nasi beriani berlauk ayam untuk adib
  • betik, yong tau fuu, asam-asam,char kew argh sik baik ku tak beli semua ini. Nafsu nafsu

sesampai d rumah terus suap dulu nasi kat adib, tak mau dia kacau aku time berbuka nanti boleh???

Azan jer, makan sebiji kurma, terus teguk air soya, oh tak cukup,teguk air kosong, tak cukup yakult satu botol ,tak cukup air ribena satu gelas kah kah giler apa aku ni.

lepas tu buka lagi pt ais, amik buah mangga/mempelam/pauh yg dah siap di potong ; yummy, he he time ku makan mangga ni my bb kicking he he best ke dpt makan ahak. :-)

2 biji buah pauh ku bedal.

lepas tu burp, mak dah mengah kekeyangan air dan buah

relak kejap pekena laksam lak..oh oh mak kenyang amat..solat, tgk berita, mandi dan baru la makan nasi kerabu... separuh jer makan.den dah tak mampu makan.

lepas tu xtvt biasa la, layan tv sat sambil lipat kain ha ha itu je la keja aku.

ooh dah 10.30 adib tutup tv,

"mama adib belum buat kerja school"

hu hu mak lupa, biasanya sambil tgk tv, adib akan melukis ke, mengira ke, mencontengke, semalam mak boleh lupa

ikutkan hati mau je ku cakap esok boleh tak adib, hu hu dah lewat beb, lagi lambat dia tidur, lagi susah nak bangun esok.

ok laa jom jom kita buat kira2.

bermula laa sessi mama menjadi teacher muah muah muah

kul 11, mama adib dah penat, ok tutup buku... kencing, gosok gg duduk cam frog buat susu lagi dan lagi, letak ubat kat perut, betis adib lagi dan lagi kul 12.30 baru laa dia lena.

kul 2 lebih,adib bangun,merengek-rengek ,tak berapa lena tidur sbb hidung dia tersumbat skit,

huhu tidur laa adib,mama takleh buka mata ni. (Malam sebelum tu, ku dah terjaga kul 3.30 hingga kul 6 baru boleh tidur smula)

sat g mama kena bangun untuk sahur.

6.30am jam tepon aku berbunyi, aik cepatnya..oh dah 6.30pg hu hu hu , mata ngantuk lagi, mak layan lagi mata, last2 jadi kul 6.50 haha kelam kelibut bangun.

wah tak sedar untuk sahur laa, jadinya ku buat keputusan tak puasa hari ni.

tak berani nak mencuba.

lagi 5 days to go.......

3 comments:

MommyDania said...

hebat menu berbuka! bikin mak laparrr...grrrrr

Masayu said...

cubaan utk ibu mengandung

farah225 said...

AKU PUN NYARISSSS TERLEPAS TIME SAHUR.KALU TIDAK......