Lilypie Kids Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

April 6, 2009

Cerita Genting Day 1 - Saturday

Seperti yang d ceritakan sebelum ini, ku dah book dua bilik secara online, tup2 ada 2 peserta lagi nak join iaitu adik adik aku.
d opis pagi itu kobar la aku buka website, ingat nak book lagi satu bilik, rupanya dah tak boleh.


Pengajaran pertama
: sila plan percutian anda dan buat booking online untuk mendapatkan bilik murah.


Dalam pukul 3.30 baru lah kami terhegeh-hegeh bergerak ke genting, aku memang hangin dengan en hb sebelum itu sbb dia boleh membuta, aku lak memang dah tergedik2 tidak sabar nak g.
selepas membayar tol gombak baru sedar ku lupa bawa baju sejuk untuk adib.


Pengajaran ke2
: sila sediakan check list, dah tau baju sejuk tu jarang2 guna,sila keluarkan awal2 masuk dalam beg.


uwaaa ku sedih giler, nak buat u turn memang dah takde istilah u turn dah.hmm

redha laa adib, kalau sejuk sangat mama beli kat genting yea yea yea
Sesampainya

First World Hotel, ku tengok orang ramai giler, terpinga-pinga jap, almaklum 1st time nak tidur kat situ.

Untuk makluman First World mempunyai kiosk untuk self check in, amat mudah dan senang d gunakan, masukkan ajer ic anda dan check in. Walaubagaimanapun kiosk ini hanya berguna kepada mereka yang membeli bilik secara online.

Memandangkan aku perlukan satu lagi bilik, dan ku memang pendek akal, ku pun g la beratur mengambil no giliran.

berapakah no giliran saya, 850 dan berapakan no sekarang 561 bayangkan tuan tuan dan puan puan.

keadaan di sana saling tidak ubah menunggu masa untuk klinik rawatan ibu-ibu mengandung kerajaan itu tuan-tuan dan puan puan. ramai yang amat.

Pengajaran ke 3
: sila booking online dan check- in guna kiosk okeh.

Perut laki aku lapor, dia pun berani order mee apa ntah, kat lobi hotel tersebut berharga RM14.50 semangkuk,
"Halal ke ni bang" ku sampai sudah tak mau try itu mee.


Pukul 6 kak ju and geng tiba, no. aku belum muncul-muncul lagi.
tetiba abg li bagi idea, kenapa tak check in dulu bilik yang dah byr tu.. hmm iye yak yea jgk, kurang-kurang boleh lepak kat bilik dari tercongok kat sini.
ku pun cuba itu kiosk, gagal sebab nama aku dah ada dlm sistem (dah g amik no tadi saper suruh)

Pengajaran no 4 :
berfikir sebelum bertindak, jangan pendek akal mcm aku


6.30 no aku pun naik, kerja kerja mengejas bilik pun d lakukan, nak sebelah menyebelah dan nak connection room.

cik puan oooi bilik hangpa bilik standard, takde istilah connect2 room looo keh keh
lopas tu ejas bilik ku lak, harga bilik ku RM160.00. bila last minute gini diaorg takkan jual bilik standard, semua bilik di jual bilik standard. tapi kitaorg nak jugak satu floor


"maaf puan, bilik puan deluxe, tak boleh satu floor dengan bilik standard".
Selepas itu kami pun pergi la hanto barang ke bilik kakakku n adikku dulu. Tower 1, 15 768/769
Sangat standard tuan tuan dan puan puan, ku tak pernah tengok duduk bilik sekiut itu.
ngam ngam katil single 2 @ 1 katil king size, ada tv yang kiut , itu ajer keh keh sangat standard.

lepas sesi mengutuk bilik sekejap redha ajer laa bukan nak dok sangat pun kat bilik tu, rega pun murah katakan. ;-)


kami pun bergerak ke bilik deluxe kami,
taraaaaaaaaaaa
sebejik sejebon dengan bilik standard, kurang-kurang bilik standard yang ku beli ada view, ini bilik takde view.
my adib melompat lompat kesukaan di atas katil.
mama adib membara-bara berapi.

terus dail 1, receptionist, hampeh takde yang angkat.

mak gigih, turun bawah g terjah kaunter yang ku daftar tadi.

perbualan dlm bahasa inggeris yea, tapi mak alih bahasa di sini, almaklum takut d tegur oleh cikgu bahasa tatabasa mak tak betul keh keh keh

boleh check kat saya ni bilik deluxe ke standard
betul puan ini bilik standard deluxe
kena takde fridge, setau saya ada fridge
ada puan, cuba tengok dalam kabinet
terus ku tpn laki aku, bang check ada fridge tak
takde,
ada puan,
ok saya tengok; ku naik atas dengan bengkek
naik jer, memang takde, mana ada kabinet bagai huh


tepon 1 lagi, takde siapa yang angkat, ku tpon 0,
can u ask yr manager to call me
what is regarding mem
im not satiesfied with yr services, pls ask yr manager to call me ok.
ok mem, we will ask our manager to call you.
5 min menunggu, aiik tak tpn jugak


takpe ku terjah kat bawah lagik skali.
terjahan kali ini ku terus cari orang pakai kot aka manager dia. huh


can u check for me this room pls
this is deluxe room mem
as far i know deluxe room supposed have fridge and kettle.
sorry mem, yr room without view, no fridge and kettle
lepas tu dia tunjuk brochure tentang rega-rega bilik.
ok pls change to deluxe w view (aku dah berapi, bila api sudah mai, mak tak kisah dah bayar lagi dan lagi)


tengah buat pertukaran bilik, laki aku tpn kata manager bilik ada tpn cakap kalau nak ada fridge kena amik bilik lain, kena g kaunter lain. he he mak tengah buat dah ni.

end up tambah 15inggit lagi, jadi ler harga bilik RM175.00


masuk bilik baru di tower 2 bilik 3 803,
he he lebih kurang sama jer, cuma kali ni katil king size, ada view yang takkan nampak apa, sbb dah malam dan berkabus, ada fridge dan kettle itu jer beza.


orang kata kita ni dasar keras kepala. muah muah muah.
cerita bersambung, mak nak layan adib lompat-lompat atas katil, mandi solat. Taraaaaa

4 comments:

FAM said...

ee..mmgla. aku penah duduk kt bilik standard first world tu. amatla standard. ko dh bfast tmpt dia? mcm tmpt refugee berkumpul kan? sedih!

MS said...

ha ha sangat sedih, makanan pun ala ala jer, memang standard betul.

Fid said...

aku pernah dok juga tapi aku tak tau bilik apa..ada tv ada fridge bagai...tapi sempitnya itu bilik ayaq....hish....nak mandi berdua ngan anak pun susah!

MS said...

ha ha itu ler sempit giler, aku 1st time tengok bilik sesempit itu.

tapi kalau kita ok dgn konsep sekadar nak tidur boleh pejam mata jer bilik tu ahak.

Powered By Blogger