Lilypie Kids Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

March 27, 2009

Pasar Malam

Cerita saya - versi adib

  • saya ada mama, mama saya cantik, tapi kadang kadang dia jadi singa.
  • mama saya suka pergi pasar malam
  • biasanya lepas ambil saya dari tadika ulat mama akan membawa saya ke pasar malam
  • saya tak suka pasar malam
  • kenapa saya tak suka? kerana mama suka beli nasi kerabu untuk dia dan nasi color2 untuk saya
  • lepas beli nasi, mama akan menonong balik umah, takde dah layan saya nak beli mainan
  • kadang kadang saya buat -buat taknak pergi pasar malam
  • mama pujuk saya dgn beli air coklat atau air soya (itu jer, mama kedekut betul)
  • mama selalu cakap takde duit, saya rasa mama saya kerja gaji hari sahaja
  • setiap hari duit mama cukup-cukup beli apa yang perlu sahaja.

Cerita saya - versi mama
  • saya ada sorang anak, nama dia adib, dia seorang yang handsome, cerdik, bijak, pandai, clever dan baik orangnya ooh sorang lagi bakal keluar akhir bulan 9 nanti
  • kebiasaaannya pada hari isnin, rabu dan khamis saya MESTI ke pasar malam
  • saya suka pasar malam, tapi anak saya tak suka
  • kenapa saya suka? sebab saya tinggal dengan adib sahaja, saya merasakan amat tidak berbaloi masak membasuh periuk nasi, pinggan dan sbbnya selepas makan
  • bila membeli d pasar malam kos saya cuma 5 ringgit sahaja (1 bungkus nasi saya + suku bungkus nasi adib)
  • kadang kadang saya tidak dapat ke pasar malam, terutama bila my adib berkeras tak makan pujuk untuk kepasar malam
  • saya tahu kenapa my adib tak mau ke pasar mlm, sbb bukan boleh beli mainan pung he he
  • kenapa saya tak beli mainan di pasar malam. woooo kering aa ku g pasar malam 3x seminggu kalau tiap kali beli mainan tak ke kering kontang aku muah muah muah.

No comments:

Powered By Blogger