Mak dapat anugerah?? wah sangat tak percaya..bagi mak tak cute langsung ini blog keh keh.
Apapun
terima kasih tak terhingga kepada pemberi anugerah iaitu
Mommy2H dan
MizedaThe rules of this award are:-
1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda
- Done
2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
a) Mummy2H
Saya kenal dia dari blog hopping. Mummy kepada boy boy hafiy dan
Saya sangat kagum melihat kesungguhan dalam bidang Home School.
Blognya menjadi motivasi dan idea kepada saya untuk mengajar anak saya dengan lebih bersungguh walaupun kebanyakan masanya saya amat gagal untuk memotivasi diri sendiri.
b) Miz_eda
Pun ku kenal dari blog hoping. he he tak silap terjah dari blog CY
baru je kenal jadi tak mampu nak cerita lebih.
Yang pasti ada 2 putri yang comel - Afrina, Arissa
3.Setiap blogger hendaklah menyatakan
10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya..
Ni yang lemah sangat nie
Hobi saya1. Membaca blog - saya suka baca blog. Hari hari saya baca blog mereka yang saya listkan di bawah
2. Terjah blog (eh mcm sama jer dengan Miz_eda) - setelah puas saya baca blog di atas saya akan terjah pula blog di sekitar blog blog yang d list.
Maaf laa yea puan -puan semua. Setelah ku singgah rumah korang ku g terjah list korang pulak
(nasib baik alam maya,kalau g rumah korang betul2 mau kenaku kena kejar dgn batang penyapu suka suki g redah segala harta benda org)3.Window shopping - ini adalah hobi azali sejak zaman sek menengah lagi. Sekolah rendah tak reti lagi shopping sebab tak faham lagi keenakan window shopping ni
rasanya saya cuma ada 3 hobi hu hu
Fakta tentang diri saya ; aduh ku garu kepala yang tak gatal lagi hmm
4. Selepas kahwin saya menjadi pengumpul resipi yang tegar walaupun kadar cubaan mengguna pakai resipi tersebut adalah 5%. Pantang orang cerita pasai resipi cepat2 laa ku sibuk copy paste
5. Saya di anggap sombong (muka aku d kata muka sombong
adakah kerana aku jenis tak tak suka senyum kat orang).- Depa yang telah kenal aku mesti akan cakap gini selepas lama kenal aku "dulukan xxx ingatkan xxx sombong, tapi tak sangka yea"
6. Saya sangat susah membalas senyuman orang yang saya tidak kenal.
waa inilah faktornya aku di kata sombong7. Saya ada masalah jiwa (saya takut orang yang senyum itu bukan senyum dekat saya, sebab itu saya ragu ragu untuk membalas senyuman.8. Saya dan kawan2 saya mempunyai minat pada makanan yang sama. Makanan kegemaran " kami" sekiranya pergi ke gerai2 adalah tomyam,telur dadar dan sambal belacan
9. Minat kepada handbag dan kasut bermacam gaya sudah tiada setelah saya ada adib
10. Hari -hari saya akan menimbang berat badan saya dan amat tertekan kerana timbangan tersebut statik tidak bergerak ke kiri hu hu hu
okeh ku buat sampai 16 ala ala membayar hutang zetty zain tentang fakta rawak diriku yang telah menjadi pekasam keh keh
11. Saya sangat tidak memilih makan dan saya boleh makan apa sahaja makanan yang di hidangkan. Dan saya amat kuat makan maka tidak sia sia sekiranya anda menjemput saya bagi menghabiskan makanan di rumah anda.
12. Tapi saya juga suka mengomel terutama d kedai makan. seandainya makanan yang d buat amat tidak sedap saya akan mengomel dan mengomel dan mengomel dan akan terus black list kedai /restoren tersebut
13. Saya boleh menjadi seorg yang tidak berkira dan saya juga boleh menjadi seorang yang sangat berkira. (mengikut situasi dan keadaan)
14. Sangat menyukai ikan keli. Seandainya saya ke kedai makan dan melihat ikan keli maka lauk itulah yang akan saya ambil.
15. Saya sudah bersedia untuk preggy (ulang lagi dan lagi) dan amat berharap akan preggy ini tahun.
16. Saya , saya dah kehabisan idea
3 comments:
fakta 15..moga Allah memperkenankan!
Aminnn...
saya juga adalah pemilik fakta no 13, saya sangat tidak berkira dalam kebanyakan hal tp bila kebaikan saya itu diperkotak-katikkan (sila maafkan penggunaan ayat ini), saya boleh jadi manusia yang paling berkira..
tak percaya cubalah..hehe
Mrs Noba
Terima kasih atas doamu itu. Aminn
Miz_eda
itu laa dianya
Post a Comment