- Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM3,000 setahun;
- Perlindungan insurans secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas *;
- Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;
- Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;
- Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; pada tahun ini pihak PTPTN telah mengistiharkan faedah pada
- Kemudahan menyimpan di lebih 1,500 ejen PTPTN; dan
- Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
* Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Bagi pembukaan akaun SSPN mulai 15 Januari 2010, kelayakan Geran Sepadan adalah berasaskan pendapatan keluarga pendeposit semasa pengeluaran simpanan atau penutupan akaun. Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa serta salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan semasa pengeluaran simpanan atau penutupan akaun. (Sila rujuk Surat Pekeliling PTPTN Bilangan 1 Tahun 2010)
Walau bagaimanapun bagi pendeposit sediada yang membuka akaun sebelum 15 Januari 2010, penentuan kelayakan Geran Sepadan adalah kekal iaitu berasaskan pendapatan keluarga pendeposit semasa pembukaan akaun. Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang dikemukakan semasa pembukaan akaun hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa serta salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan.
** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Keistimewaan:
- Premium dibayar oleh PTPTN.
- Perlindungan RM ke RM (Dollar to Dollar) (insurans am) dan RM100,000 (insurans amanah).
- Khairat/pampasan kematian untuk pendeposit (RM2,000) dan penerima manfaat (RM500).
- Had umur pendeposit 18 tahun hingga 65 tahun.
- Had umur penerima manfaat 1 hari hingga 28 tahun.
- Pendeposit mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM1,000 pada setiap masa.
Insurans AM - penerima manfaat yang tinggal bersama ibu bapa/penjaga dan akaun SSPN dibuka oleh ibu bapa/penjaga. Insurans Amanah - penerima manfaat adalah yatim piatu yang tinggal di rumah anak yatim dan akaun SSPN dibuka oleh pengetua/wakil pengurusan rumah anak yatim tersebut. Perlindungan insurans ini tertakluk kepada peraturan Insurans Berkelompok PTPTN. |
Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibubapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan. Jumlah pemberian Geran Sepadan (maksima RM10,000) akan ditentukan setelah mengambilkira tempoh simpanan SSPN dan jumlah simpanan. Kadar Geran Sepadan akan lebih banyak sekiranya mempunyai simpanan yang lebih tinggi dan tempoh simpanan yang lebih lama.
Kelayakan Pemberian Geran Sepadan:
- Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000;
- Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi(IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat diploma dan ke atas; dan
- Penerima manfaat hendaklah berumur kurang daripada 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
Walau bagaimanapun bagi pendeposit sediada yang membuka akaun sebelum 15 Januari 2010, penentuan kelayakan Geran Sepadan adalah kekal iaitu berasaskan pendapatan keluarga pendeposit semasa pembukaan akaun. Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang dikemukakan semasa pembukaan akaun hendaklah disahkan oleh pihak diberi kuasa serta salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan.
3 comments:
tq for the info....;)
hahaha .. dah mcm officer tabung plak kan .. ;)
hihihihihi..
mak da qhatam nyah bab ni berkali2.. tapi term yg ku ingini 'itu' sahaja yang masih di musykilkan..;)
pape mak roger hokehh..;)
Post a Comment