Alhamdulillah sekarang aku sudah mendapat pembantu yang sangat boleh di percayai dan rajin.
Teramat rajin tapi orangnya amat kecil molek, memula dapat macam tak percaya yang dia akan menjadi pembantu aku.
Sebenarnya dia yang beria-ria nak tolong aku.. jadinya dah ada orang sudi menghulurkan khidmat ku 1000 kali looo menerimanya.
Mutu kerjanya biasa-biasa jer, kadang-kadang ku pejam mata, tapi kadang-kadang aku berangin, banyak kadang ku kena buat smula. peeeh
Memang gini ee risiko bila ada pembantu
Tapi ok laaa ada pembantu dari tiada betul tak???
Setakat hari ni dia telah banyak menolongku
Teramat rajin tapi orangnya amat kecil molek, memula dapat macam tak percaya yang dia akan menjadi pembantu aku.
Sebenarnya dia yang beria-ria nak tolong aku.. jadinya dah ada orang sudi menghulurkan khidmat ku 1000 kali looo menerimanya.
Mutu kerjanya biasa-biasa jer, kadang-kadang ku pejam mata, tapi kadang-kadang aku berangin, banyak kadang ku kena buat smula. peeeh
Memang gini ee risiko bila ada pembantu
Tapi ok laaa ada pembantu dari tiada betul tak???
Setakat hari ni dia telah banyak menolongku
- Mencuci pingan-mangkuk (kerja yang paling d gemari), best sangat ke cuci pinggan mangkuk tu?? pantang laaa tengok aku kat dapur dia akan terus berada d sinki.
- Ketuk ketuk ketuk (tolong menumbuk)
- Bersihkan stand fan (tapi aku kena tolong bukakan kipas tersebut kerana dia tak cukup kuat sangat) hari-hari tanya; "bila lagi kita nak basuh kipas" tak faham aku ha ha
- Mop lantai .ini pun dia suka tanya,bila nak mop lantai
- Membantu mencarik roti dan membuat bread puding (hari-hari tanya bila lagi nak buat)
- Membasuh baju my adib, sampai je di rumah,dia terus meluru ke bilik air. amik baju dan sibuk minta berus.., cuma satu laa kalau ku tak larang habis rasanya semua shower cream yang ada kat bilik air tu.
- Buat susu untuk my adib,sampai aku berperang-perang dengannya. Yea laa mak tak suka laa orang lain buat susu untuk anak sendiri keh keh. lagi satu dia tak reti masukkan susu dalam botol, mesti tumpah, nak mengelap satu kerja lak.
- Melipat kain ; jangan sesekali betulkan walaupun lipatan agak lintang pukang
- Menjemur kain; pun jangan sesekali betulkan walaupun dia jemur tidak menepati spec.
- Menguli doh
- Selepas makan, bagi jer kain lap, dia akan tolong lap table tapi kekadang segala mainan anak aku pun dia tolong lap dengan kain tu... berangin jugak rasanya.
- Buat dan hidang air untuk aku dan en hb, bergelas-gelas beb dia suruh kitaorg minum
nak bagi banyak-banyak kerja dia macam tak berapa biasa lagi, jadi ku bagi laa sikit-sikit dulu kerja ikut kemampuan dia.
Kos pembantu ku ini amat tidak ternilai
dia perlukan kasih sayang, perhatian, sediakan makan minumuntuknya dan layan dia main.
Ini lah pembantu kesayanganku
"buk dah siap, mau cuci apa lagi yaaaa"
update : kerja terkini dia suka buat, blend buah, then tapis (almaklum ku guna blender biasa jer) carot ka epal kaa hari2 minta.. tukang minumnya aku sorang.
14 comments:
cayalah adib....kecik2 dh pandai tlg mama. walaupun selepas itu, mama kena tolong buat keje semula :)
sabo je lah! :P
hehehe. aku baru je nak sound, 'eh maid ko nih suka benor main air'. hahaha. adib rupanya. bagus. bagus. contoh abang yang baik.
boleh buat menantu nihh...hehehheee
hahaha...lawakla entry nih!:P
ohh..jenuh mak scroll tau! pembantu ni buat part time tak? ngeeeee
wowww.. rajinnye pembantu ini... heheheheh....
wat suspen je..baru igt nak tanya2 dpt maid tu katner..ghajin bebeno..
akak tak tahan bab susu nak buat sendiri. Tekanan woh!
Fara
harap-harap sampai ke besar laa dia akan rajin gini
eZa
memang banyak kena sabor tau. Kekadang meletup jugak aku
Zety
sangat suka okeh itu air..
Intan
oo boleh ajer
US
tak lawak sangat pun kalau hang kena kemas balik benda yang dia sepahkan tuh.
time tak penat aku layan je, time penat dan nak cepat, berangiiiiiiiin jer
MommyDania
Amik laa, kalau hang sanggup kemaskan balik apa yang dia kerjakan ha ha
Lailasani
sangat rajin okeh
Arif Iskandar
he he payah nak dapat tau
KV
yaa kekadang sangat tertekan
kekadang ku buat lantak ko laa adib.dengan harapan dia rajin sampai ke besar
adoi kelakar betul entry hang nih... bbik adib ya dtg dari seberang....
Yaya
ada masa klakar fikirkan.... oops bagus kita bagi peluang kat anak mencuba.
Tapi ada masa ku berangin jugak beb, penat nak kemas balik
Adib,
sila datang ke Pasir Gudang dgn kadar segera! Khidmat mu diperlukan di sni. ASAP!!!!!!!
;P
orait aunty elly
mama pun terkinja-kinja nak jumpa aunty ha ha
Post a Comment