Telan nasi paksa rela jer.
Sungguh tidak senang duduk aku, berdiri tak kena, berbaring lagi la sakit.
Bagi melegakan kesakitan, aku duduk tegak dan letak bantal kat blakang, lepas tu berbagai teknik la d reka, janji kurangkan sakit.
Dalam pada itu, bila sakit agak berkurang aku basuh pinggan mangkuk dalam sinki dan lipat kain.
Buat sakit nak bersalin betul kang,takkan nak tinggal pinggan berkulat kat singki.
My adib seperti biasa,
"mama kenapa muka mama macam ni??" - dia buat gaya kerutkan muka
"mama sakit sayang"
"mama jatuh ker?? takde darah pun"
"bukan, mama sakit belakang"
"oo nak adib urut?" - terus dia g blakang aku dan tepuk dengan sekuat hati ha ha sabar je laaa
9.30pm ku dah padam lampu, tp biarkan tv on, janji kurang skit dia kacau aku
10.30 my adib selamat beradu.
aku pun terlena kejap, bila sakit tu berkurang tapi tersedar semula bila sakit datang balik.
tengah-tengah sakit tangan tak henti sms en hb.
pesanan en hb "alaaaaa tunggu la balik kelantan, dua tiga hari je lagi"
sabar je laa aku.
after 2am sakit hilang hingga la sekarang. ;-)
kat bawah tu hasil google.. untuk info mak.
Benar atau Palsu?
Menentukan sama ada kontraksi anda menandakan sudah tiba waktu bersalin
Oleh Prof Madya Dr Tan Ay Eng
Pada tahun 1872, seorang doctor pakar obstetrik (kebidanan) bernama Dr John Braxton Hicks telah menggambarkan “kontraksi palsu” yang berlaku sebelum seseorang wanita benar-benar telah sampai waktu bersalin. Kini, anda sudah tahu asal-usul nama kontraksi palsu yang selalu mengganggu dan kadang kala menakutkan anda, jadi sekarang anda boleh mempelajari perbezaan antara kontraksi benar dan kontraksi Braxton Hicks. |
|
Jika ragu-ragu, teruslah ke hospital!
Jika anda pasti benar-benar hendak bersalin, teruslah ke hospital. Walaupun anda mungkin salah, tetapi sekurangkurangnya doktor dapat mengesahkan anda belum tiba waktu bersalin, dan yang paling penting, jika benar anda akan bersalin, anda akan rasa lega kerana dapat sampai ke hospital tepat pada masanya!
Jika kehamilan anda kurang daripada 35 minggu dan kontraksi berlaku 4-6 kali sejam, selama 30 saat setiap kali, berehatlah, keraplah mengubah posisi badan dan minum air. Teruslah ke hospital jika kontraksi tetap berterusan.
lagi info
Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?
Ciri-ciri Kontraksi
- Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
- Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
- Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
- Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
- Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
- Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
- Semakin kuat sakitnya
- Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
- Berbaring tidak mengurangkannya.
- Servik menipis dan terbuka.
{mosimage}Mengira Kontraksi
- Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
- Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
- Catatkan kekuatan sakitnya.
Kelahiran Palsu
Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.
Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
- menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
- jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
- tidak bertambah kuat sakitnya.
- tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
- biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
- tidak begitu menyakitkan.
- boleh reda jika anda berbaring.
- biasanya tiada perubahan pada servik.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
- When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
- Labor Signs, webmd.com
- Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
15 comments:
cuak tul baca nih... selama nih kuar tanda jerk terus gi spital. kalau kena braxton hicks nih gelabah gak aku... hiuhihi...
fara dulu pn kena gak...tp first time kan cuak la. terus bergegas ke sepital tu. hahahah tggu sampai kul 12 malam xde pape pun. pastu doktor suh balik...rupanya mggu depan tu baru betul2. hhuhuhu
Eeeiii.. debar2 plak aku dgr citer ko ni
lama tu!
smalam mak sakit perut.. perhaps sbb anmum tu la kot.. si Amir sibuk tanya, "baby nak keluar dah ke?" weeee.. jangan nak ooooiii... ibu baru 29 minggu niii..
cmne nak balik kelantan nih? blk cmne? fly ke? sabar baby..sabar
suspensenya.....
Anyway, semoga selamat semuanya
saspen...saspennn... btw..jgn lupe ko masukkan beg baju yg ko da kemas tu dlm bonet kete bebbbb
Tak tahan baca pesanan hb mu itu. Baby dah nak kuar, buleh tunggu2 ker? Ekeke. :P
chilu@cik pau@ bibimie
apa ntah ku nak kena panggil kat hang kah kah
ku time adib, contraction mlm tu esok adib kuar, tp kali ni ku sendiri rasa cam main-main walaupun sakit sampai ngalir la jugak air mata aku.
Fara
ku ni 1st time gini,tp instinct kata lum lagi
ML
bukan stakat ko, aku pun kecut.. awal la plak bb aku nak kuar.
CY3.5
memang lama.. tapi dia bukan jenis makin sakit makin sakit tau.. dia sakit yang sama jer,itu yang ku rasa tak perlu g spital.
MommyDania
dah tak layak naik flight looo, ku balik ngan en hb nanti by car looo
Marisa
TQ
Intan
ha ha mak masih keras kepala, itu beg tetap d rumah.
ar.nie
yea ku pun berbulu, dia ingat leh main tahan-tahan ker.
sik baik memang memain je semalam.
apapun harap-harap sempat la ku balik kelantan baru bersalin.
lagi 3 hari je ni.
ish.. suspen weih aku baca.. tp mmg tak tahan tu bila baca sms hubby ko.. ahahaha.. anyway, take care ek..
moga segala urusan di permudahkan!
saya pon jd risau gak, takut kontraction palsu dtg
MamaDhea
hb aku memang suka buat lawak kering
Julia
saya pun takut jugak,buat kita ingat palsu, tup2 betul huhuhu
sabo aje ler..menda kat dalam mana boleh nak di tahan2 kalau dah tiba waktunya..
cik abang buat lawak antarabangsa di tengah2 malam agaknya..hehe
semoga selamat semuanya ye.. insyaallah sempat balik raya...
btw, kelate dok manno???
cik abe ambo dok tumpat-sg pinang...
Miz-eda
en suamiku memang, suka buat lawak antrabangsa
lailasani
wah dokat tu ambo kok keli, mesti en abg tau kat mana ha ha
Post a Comment