Lilypie Kids Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

June 18, 2009

Cuti kepada amah seminggu skali di wajibkan????

Korang dengar berita semalam tak??

Kementerian Sumber Manusia bersetuju untuk mewajibkan majikan yang mempunyai pembantu rumah warga asing memberi cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah mereka.
cadangan asal adalah dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)


ini lak pandangan Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (Macom) yang tak berapa bersetuju.



apa kata anda lak???

14 comments:

cysev3n said...

mak yg takde maid pun macam tak setuju.. smalam macam ada benda lagi yg depa tambah.. kalau tak buat, majikan kena denda 10K.. haaiiiii..

MS said...

CY 3.5

mak yang berkira-kira nak amik maid terus telan air liur.

skit g makin lemak berkrim laa pembantu rumah ni.

mamaDhea said...

aku pon tak setuju..

klu nak laksanakan jugak, patutnya kena ada syarat2 lain utk pastikan maid tu tak buat hal masa cuti..

Ayu said...

rasanya ikut pada majikan

saya bagi cik ye (maid saya) jadual kerja harian

mula kerja 6 pagi hingg 8 malam,

1 hingg 2 ptg rehat n solat,

12 hari dalam setahun cuti

alhamdulillah stkt ini ok

tp harga maid skrg mahal,, mcm nak beli sebijik kereta

Azure said...

dibenarkan cuti seminggu sekali, tapi tak dibenarkan keluar..agak2 boleh tak mcm tu?

kalau diaorang cuti, keluar berfoya2 dgn kekawan maid..hmmm...macam2 bole jadi

FAM said...

mak pun xsetuju (walaupun xde maid). blh bg cuti tp skali skala jek. 2 mgu 1 hari ke, sebulan 1 hari ke..

Unknown said...

huu saya yg takde dan mungkin takkan amik maid ni pon tak setuju.

kalau dapat maid yang baik, Alhamdulillah. tapi kalau dapat maid yang mengambil kesempatan, naya.

kot masa bercuti tu jumpa kawan se-geng yang pandai menghasut ke hape ke, takut maid yang baik pun boleh berubah buat perangai nanti.

~Umi.Sufira~ said...

Bagi aku pulak yang memang takde maid nih pun, aku rasa apa salahnya bagi cuti satu hari kat maid...cuba bayangkan kita berada di tempat mereka...sudahla hari2, siang sampai ke malam bekrja..kerja kalau kat rumah ni sampai malam pun tak siap, sukanya agaknya kalau boss bagi rehat satu hari...cuti tu rasanya takdelah bermaksud kena keluar jalan2 kot...bagi dia rehat and tuan take over buat kerja2 rumah apa salahnya....sehari je kan..kita nipun yang kerja ikut waktu kalau kena kerja straight je pun tak larat rasanya..just my 2 cents...

Rizza said...

yg ye kan.. skrg ni kurangkan amik maid... kerajaan atau agensi patut buat asrama maid.. depa dtg keje pagi pastu balik mlm.. dan jgn dok sekali.. dan dimonitor oleh polis...dan dilarang bawak duit/handpon/atau apa/// buat style pi keje ...bawak bekal sendiri... majikan tak sediakan.. depa tu hanya sebagai penjaga rumah dan anak2 aje.. tolong suap kan makan anak2...makanan mak nye siapkan.. tolong mandikan serta basuh berak anak.... cctv patut ade di semua rumah yg ade maid.. di monitor oleh pegawai atau satu security...
depa sabtu ahad tak yah dtg keje... kita tak perlu bawak depa pi mana2.... depa keje isnin hinga jumaat dari selepas subuh hingga maghrib... gaji kita bayar kat agensi tu.. depa dpt gaji dari sana... hehhe

byk lagi idea.. cuma nak tulis kat sapa ye???

MS said...

rizza

kelas cadangan ko, gt aku nak satu.. lega laa dapat cam tu

tambahan, kalau majikan perlu diaorg bekerja lebih masa, bayar OT, aku sanggup bayar sekiranya perlu kah kah kah

Umi Sufira

bab bagi cuti sehari bagi saya takde masalah, yang masalahnya bila kerajaan mewajibkan dan siap kenakan denda kepada majikan.
macam berat sebelah sebenarnya.

kes maid lari,buat hal, majikan tiada pembelaan,burn macam tu je duit yang d keluarkan dan bila buat report polis kita juga yang kena denda ha ha
tapi bila tiba kat maid banyak betul pembelaan yang nak di buat.


as for me, saya rasa cadangan Macom wajar, adakan garis panduan dan biarkan persetujuan di buat antara maid dan majikan.

saya tengok my sis, kalau wekend dia akan bawa anak2 dia keluar, maid sah2 taknak ikut, memang dia berehat panjang laa selama my sis keluar.

balik kampung, jangan harap maid akan tolong apa2 kat kg.. memang berehat panjang.
maid dia pukul 9pm tepat dah masuk tidur... majikan laa yang akan menguruskan mana yang patut.

rasanya kebanyakan dari kita, tidak memberikan 100% kerja kepada maid, diaorg sekadar helper aja.
menjaga anak2 kita sewaktu kita tiada di rumah.

KV said...

akak takde maid, tp mcm memberi ruang untuk dorang jumpa jumpi sama geng dorang dan boleh merancang mcm2. Kan?

yaya said...

saya 100% tak setuju. tak bagi cuti pun buat hal mcm maid saya. diorang dok kerja dirumah bukannya buat keje tak henti2 dr pagi sampai malam, pkl 11 pagi sampai 5 ptg takde keje bleh siap ngangkang depan tv lagi. maid saya tak bagi cuti pun dating ngan guard kondo kalau bagi cuti sehari mau bleh sampai 3 jantan beromen!.

*Maaf tuan rumah saya emosi dek perangai maid say baru2 ni yg diceritakan di blog saya...

farah225 said...

kartun kat paper semalam pon dok citer pasal ni. maid pakai lawa2 siap cakap kat majikan " bye bye ibu, saya pergi pacaran dulu yer bu". yang majikan pulak dok sebok masak kat dapur sambil berdukung anak, yang lagi dua orang dok tarik kain maknyer.hehehehe.haru kalau takder maid.
komen aku plak yang takder maid, tak stuju gak beri cuti seminggu skali.mungkin boleh runding dari segi time kerja n apa kerja yang patut n tak patut dia buat.

p/s:aku tak pandai bela maid, tak reti nak arah2 orang,cakap sekali dua payah nak ikut,lama2 aku buat sendiri.hehehe

Ms Lola said...

Saya setuju. Tapi dengan syarat, amah yang diambil bekerja itu bukan calang-calang orang. Mesti professional terhadap 'kerjaya'nya.

Bercuti itu adalah hak perkerja. Tapi majikan jugak berHAK untuk memilih pekerja yang berdidkasi dan layak.

Powered By Blogger