March 18, 2009

Cerita kasut lagi

takde kerja kan entry sik tentang kasut ajer, ni last keh keh keh



semalam en hb ada meeting d kl, dlm kul 1 dia tpn tanya aku kat mana

ku time tu baru gerak dari shah alam ke rumah (kereta d tinggalkan kat umh kak ju aku bila aku naik flight hari tu)



rupanya en hb nak ajak g beli kasut untuk my adib.



petang semalam dalam pukul 4 kitaorg pun bergerak la ke Alpha Angle.



Memula mengisi perut dulu d K*C sesambil ku teringin bebenar nak membeli tabung music untuk my adib.
alaaa takde stok la pulak.



lepas makan singgah kat bata, tapi cam tak menarik jer kasut yang ada.

lepas tu kitaorg terus ke jusco bahagian kids dept

my adib merengek-rengek nak g taman (hu hu kat mana lagi kalau bukan kat wonder park tu)



kitaorg terpaksa laa ugut dia kena beli kasut dulu baru boleh g taman.



dengan separuh hati my adib pun mengekor kami (separuh hati beb, anak aku takde perasaan pun bab kasut2 nie)



sessi mencari kasut bermula. ni betul2 kasut aa, bukan macam sandal crocs yang ku beli kat dia ritu.



kasut pertama di cuba

"tak nak berat"



kasut kedua

"tak mau besar"



kasut ke 3, kali ni kitaorg pilih warna oren, warna kegemaran dia

minta saiz 27, tapi dah takde stock try je laa size 28, nampak ok jer, rasanya lepas pakai stokin mesti ok.



dia macam suka, lepas pakai berlari-lari mengetest kasut tu,

lepas tu hu hu dia terus buka

"mama tak nak, tak best, adib nak slipar jer"



my hb fed up, he he suka hati adib laaa



nanti-nanti la kut beli kasut kat dia.




pst : yang heran kasut yang ku beli dulu2 dia ok jer pakai, paling dia suka kasut sekolah cap ayam (yang dah koyak) yang di beli masa ku teman kakak aku beli kasut anak2 dia di Tesco Extra SA





3 comments:

MommyDania said...

dh besar ni pandai la memilih kan. time kecik2 dlu sarungkan aje. hehehe

Mama Adib said...

MommyDania

itu ler, tapi sik baik juga dia tak memilih yang branded branded kalau tak gigil mamanya

Fid said...

sana sini kasut!!!