February 23, 2009

Cerita Gathering Lagi


Gathering kali ini ku memang semangat kebangsaan nak pergi

Pukul 6 pagi lagi ku dah tersedar keh keh hari kerja biasa nak bangun pukul 6.30 pun susah, ini dah siap terjaga pukul 6 lagi.

Fikirkan milo kotak yang d janjikan nak bawa ke gathering belum d beli, ku bagitau hb biar aku keluar dulu ke K4 beli milo.

7.30 pagi dah keluar, macam terfikir nak beli dan bawa nasi lemak.. ku pun pergi laa ke kedai yang biasa ku beli.. alamak tutup la pulak.

pergi ke gerai lain beli jer 3 bungkus nasi lemak, takut natikan tak sedap lak.

hmm gerak g K4, belum pukul 8 pun lagi, tanya security guard dia kata pukul 8 baru buka.
adoi ku ambil keputusan balik je laa kat umah.

sampai rumah kejutkan adib, mandikan dia, kitaorg breakfast nasi lemak keh keh pepagi dah makan nasi lemak.

Lepas tu terus gerak ke cheras. dlm kereta pelan2 ku cakap kat my hb
bang kita tak bawa apa2 ni camne
takde apa tak payah bawak le

hu hu ku pun dia cakap banyak kan buat dia tak mau g lagi ku menyesal.

sampai je jumpa mak aih ramainya manusia berpakaian baju merah, siap ada group poco-poco, tai chi yang berjoging pun ramai pakai baju merah hu hu hu

mana satu ni ku dah start gabra..

tetiba akak nak g gathering ke
aa
sama laa sayapun tapi tak jumpa kat mana

apa lagi kitaorgpun pakat-pakat tawaf kelililing taman tu

hu hu tak boleh jadi ni, ku ambil keputusan telepon mama kamariah

akhirnya kitaorg selamat tiba ke tempat gathering.

Agenda bermula lebih kurang jam 9.30 am, lepas bentang tikar kitaorgpun pakat2 la duduk dan sessi Susuibu Support Group bermula.

tak sampai 20min perbincangan my adib dah start buat hal


tak boleh nak salahkan dia jugak , kat situ takde angin sepoi2 bahasa langsung

peluh penuh d dahi dan kepala my adib


baju dia tak payah cerita la lencun.


mama nak g taman
mama mana abah
mama nak tengok kuda
mama jom la adib nak g taman


ku dah tak boleh concentrate

ku sms hb tanya g mana
rupanya dia keluar mencari baulu sbg ganti milo kotak

adoilaa terpaksa la ku keluar dari group tu dan melayan anakanda terchenta.

hb ku sampai je, ku pun mampu duduk balik dlm group tu eh eh dah selesai he he cepat betul masa berlalu.


Bau sate pun mula laa menyucuk hidung

keh keh semua orangpun mula laa mengisi perut apa yang patut.

My adib start buat hal, mengekorku ke sana kesini, lepas tu skit skit

mama nak pergi mana ni, jom la duduk dengan adib dengan abah

boleh?? abih macam mana aku nak berkenalan dengan ibu ibu yang lain he he

terpaksa la ku layan my adib yang tak habis perasan hensem dengan xpek hitamnya.

seterusnya sesi Pengenalan kepada Cloth Diaper oleh Puan Suraya dan Diskusi Cloth Diaper

pada masa yang sama kelompok kecik bersama Shada melihat2 baby wearing.

satu g kelompok tengok CD dari Liza
aku boleh intai -intai kejap2 jer.. my adib yang vogue itu kejap2 datang


mama adib nak naik kuda
mama cepat laa
mama jom la tengok kuda
mama kata tadi nak tengok kuda
adoooi

Lepas tu , Pengenalan kepada Baby Wearing Accessories oleh Puan Shada dan Diskusi BabyWearing

aku memang tak boleh nak fookus, en adib kehilangan spek mata dia terpaksa le ku melilau mencari spek dia hu hu budak ini laa

jumpa spek dia sessi dah abih keh keh

ku pun sempat la memborong 2 CD color merah dan biru dari Lunatot.

ambil gambo ramai2 dan kitaorg terus gerak balik.

Penat mak layan my adib

5 comments:

Masayu Ahmad said...

Belum berkesempatan lagi nak pergi. Teringin juga nak ke sana.

mimielola said...

Bnyk gath yg aku miss... Tunggulah aku bfeed balik nanti. Baru masuk league :P

mamaDhea said...

i'm speechless.. ;P

Mama Adib said...

mimielola

ngeh ngeh ku pun bersemangat sbb preggy ler, tak kalu idaknya

Mamadhea

apa nak kata takde jodoh katakan

Mama Adib said...

Masayu

takpe lenkali joint le leh gather2