Lilypie Kids Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

June 8, 2009

Maid Vs Daycare 2

retype huhuhuhu....... semangat kan.. tadi dah siap tulis segala, tup2 ilang, terpaksa karang balik.
sebelum ni ku rasa mcm tak perlu je maid, tp nape ntah, sejak akhir-akhirnya terasa cam perlukan maid.
apapun ku masih dalam dilemma dan buat kira-kira pro and cons
Daycare n nursery
Kos
  1. Day care n playshool Adib - RM410
  2. Pengasuh bb (7am-7pm) - RM230
  3. Anggaran OT, adib half day (sabtu) - RM60

Total = RM700.00

Kekurangan

  1. pepagi perlu sessi pujukan dan menyiapkan adib
  2. kalau bb tersakit, mak tak cukup tidur and rehat, mungkin terpaksa ambil cuti
  3. rumah- iron baju, basuh baju, lipat kain etc ikut sempat la kut
  4. makan - mak n adib pasar malam looo, kalau rajin masak

Kelebihan

  1. takde org asing dlm rumah
  2. daycare adib n pengasuh adib lulus pada mata mak
  3. kos letrik, air (belah siang takde) nak kena sedia lauk pauk barang dapur kat maid.

kalau ada maid

kos

  1. memula bayar / 24 bulan = 180
  2. bulan2 = 450
  3. adib playschool = 200-250

total = RM880.00

Kelebihan

  1. mak ada teman laa, kut-kut bb tersakit, ada orang leh tolong tengok2 kan time mak tak larat or flat giler
  2. bb dok kat umh jer, tak perlu nak angkut sgala ke rumah pengasuh
  3. kut-kut adib terbuat hal bangun lambat, leh tinggalkan dulu, ku masuk kerja lepas tu baru ambil dan hantar adib ke school dia
  4. adib petang2 lepas school leh main nga bb

Kekurangan

  1. mak takut ambil risiko hu hu seharian tu anak aku kat rumah dengan maid

dia buatnya bg ubat tidur kat anak aku, dera, tinggal bb sensorang hu hu hu adakah aku terlalu fikir benda negative.

  1. apa lagi ee kekurangan dah lupa

any idea kekawan, any cntc yg leh dapatkan maid best n leh d percayai ee hu hu hu

paling penting, dia mesti sukakan budak looo, bab kemas umh, makan aku sgala tak penting sangat.


prenz....... korang ada cntc kaa, agent ka, kekwan yang leh kenalkan maid yang ok.

pst : mak tinggal dengan adib and bb je , my hb balik weekend sajer. PJJ katakan


15 comments:

MS said...

kita pun sama. mula2 mmg semangat sangat nak amik maid. ikut mcm yang MN pernah wat entry. tapi halangan terbesar, hBy tak suka org luar kat umah. pastu siap psiko haku, cakap ntah hapa2 dia bagi kat bebudak kalo kitorang keje.

pikir2, betul gak. unless banyak duit, leh pasang CCTV. macam CEO aku. huhu!!!

FAM said...

hmm..xde contact la. sorry. (tp sibuk nk komen jgk!) tp so far haku mmg xcaya kt maid lg la.

Rizza said...

risiko amik maid... dia sibuk jaga hal dalam kain ko nanti...
dia depan ko je baik.. ko pi keje dia masak letak apa2 tah...
silap2 maid ko pi ajak boyan dtg umah dan bior kan anak2 ko sendirian...
ni kisah benar... hehhe
aku dengar

IntanSham said...

btol beb,bila anak dah dua..ko akan rasa penat yang amatttt.. macam aku nih... tapi gigihkan jugak laaa utk maintain x amik maid.

tapi tu laaa beb, amik maid mmg berisiko..plus yg plg x best,ada org lain dlm umah. lagik macam umah aku yg x beso mana..arrgghhh..mmg sgt x best kalo ada makhluk lain beb.

aku rasa, masa anak dua blh maintain lagik. mcm ko adib dah kire beso gak tu. aku aritu, aina baru masuk 2 thn..lagiii laa memenatkan,tapi still blh maintain..

Mommy Harith Hannah said...

Saya ambil maid sebab xtahan pagi2 kol 6:30 nak pi ketuk rumah orang. Anak 1 buleh tahan, bila dah masuk 2, kelam kabut wooo. Tambahan pula, my work nature yg away 12 hours every day + sometimes keje on public hols. Bila hubs night shift, lagi stresssss.

Our maid cambodian-muslim. Setakat depan mata saya tue, mmg aper yg sya larang dier tak buat, segala rutin yg saya tetapkan dier buat. Masak mmg NO-NO. Saya masak, even pagi2 buta pon. Hakim yg 3 thn tue slalu garang dgn dier, so, I dun think dier garang kat Hakim on my back. Ntahlaa.

Ttg privacy, bila saya raser nak lepak2 kat living room with hubs & kiddies, saya soh dier masuk bilik. Lps dinner wajib masuk tidur. Dier pon xfaham melayu sgt, stakat faham basic2. Agak2 nak cakap yg secret jugak, kami speaking 'jeng-lish'. Ekeke.

Dlm byk2 pros, saya plg suka ialah, the kiddies membesar dalam environment rumah sendiri yg kompem bersih - sbb tiap2 pagi sblm saya pegi keje, itu maid sudah mop lantai. Boleh bgn, makan & main ikut suka sendiri.

p/s : Sorry, terlebih pulak. :p

Crazee Choc's said...

kos ambik maid bukan setakat rm880. malah lebih lagi... masa tu la.. pertambahan kos elektrik.... kos2 bahan mentah dan macam2 lagi la... rasanya kos jd rm1000 kot

mamaDhea said...

beb, aku cam ko gak.. nak amik maid mmg kena tawakkal.. itu klu dah terdesak sgt laa.. selagi boleh, tak perlu kot..

aku mmg takkan amik maid klu takde org tua kat rumah selain anak2 aku.. klu anak dah sekolah or besar sikit tu ok laa kot..

Queenin Murni said...

hm.. me also takde contact..tp nak komen juga..

mmg selalu ckp kat hubby..kalau anak nak masuk 2.. sy nak maid! series..yg satu tu dah rasa mcm robot..cukup time,shut down trus..

tp tu lah.. lelaki ni dia kurang suke kalau ada org asing dlm rumah n susah nak percaya org. there;s too many bad stories about maid, tu masalahnyer..

if ur hubby tak kisah.. go ahead. sonang hidup mak. :P
kalau ada ur mom ke or sapa2 yg boleh duk rumah u tgk2kan.. lagi best.. my plan was, sblm pegi keje, hntr anak2 n maid pegi rumah mak.. so senang.. mak kita pon dia tgk, anak2 pon in good hands. :)

MS said...

Mommysarah

pasang cctv kaa... wah mcm menarik idea tu, ha ha itu kalu tunggu aku jadi CEO jgk la kut.

MD
ku pun amat tak berapa yakin laa ni, sbb tu lebih rela pilih daycare/nursery or pengasuh

Rizza
wah wah hang lagi menambah garam gula sgala bagi aku kureng mengambil maid nih.

Sayangibu
ku sbb utama terfikir nak amik maid sbb fikir aku anak branak tinggal berdua + bb je nanti.
kut2 laa bb sakit, demam nanti mau aku yang tak kebah2.

Arnie
stakat ketuk rumah pengasuh ku rasa leh tahan lagi,
reason kedua, my adib,
Ya Allah terseksa sungguh nak kejut dia pagi2.
hari ni aku g punch card dulu sbb kena masuk keja sblm kul 8.3pg, lepas tu balik umh,tengok dia lena lagi, puas ku kejut, kul 9pg baru nak bangun.huh

Marissa
he he kos itu pun ku dok fikir congak jugak.
skali fikir memang aa, bila ada maid kos kita akan lagi melambung.

Mamadhea
itu laa dianya, tapi aku ni nak harapkan sape, hu hu hu mak bapak mertua bagai nun di kelate nuh.

Queenin Murni

kalau aku ada mak bapak area sini, sah2 ku amik maid lepas tu hanto kat umh mak bapak aku kah kah, hati ku akan senang amat.

yang ku takut sangat sekarang, sbb memang kena tinggalkan anak aku kat maid dari kul 8am-6pm hu hu hu.
lunch hour leh la ku balik jengok2

my hb?? dia balik ujung minggu jer, bila ku tanya dia, dia cam tak kisah sangat kalau nak amik maid.

knv said...

as for me, helper allow me to allocate some quality time with my kids.

of course la memang you can't expect perfection daripada depa2 nih.

honestly, half of the time aku meluat gak kat maid aku. but then again,

everything pun ada pro and cons.

tak semua maid itu jahat. dan tak semua maid itu baik.

doa banyak2 agar kita sekeluarga terlindung dari aniaya orang. kalau kita baik, insyaallah orang akan baik dengan kita.

apa2pun, pilihan ditangan anda. insyaallah dipermudahkan semua urusan.

:)

MS said...

KNV

tq, hang melegakan hatiku keh keh

ku rasa berat ke arah better amik maid.

rasa lebih banyak quality time with my kids nanti.

skrang balik je dari kerja, time tu laa nak layan adib,baca buku kat dia, time tu laa nak lipat kain, nak basuh kain, time tu laa nak tengok berita he he

ada bb nanti mau laa lagi tak tertengok adib, kurang2 ada maid leh la dia tolong mana patut.

FAM said...

beb, hang kena tagged. ;)

KV said...

tatau nk komen sbb kv MIL dok sekali ngan kami. Lg pun pengasuh dina sebelah rumah jer. Dorang kiranya berganding bahu lah urus anak2 akak.

Tp kalo hati rasa nak ambik maid, ambik je la. Ada jgk maid yg baik. Ikut nasib lah kan. Mcm akak pun, mmg penat bila anak dh 2. Nak mintak tolong MIL pun kdg2 segan sbb dia dh byk bantu. Kalo maid tu kita takde lah segan2 kan.

MS said...

KV

saya ni kan yang lagi terfikir nak amik main sbb rumah bakal siap,jangka awal tahun depan.

sekarang ni rumah pengasuh selang dua pintu jer, kut2 terpenat leh hantar ke sana, rehat kejap dan bayar je laa OT.

tp bila pindah dok apartment nanti, rasanya kawasan tu banyak org2 kerja cam kita2 kut.
itu yang rasa better amik maid.

Unknown said...

as for me, selagi anak2 tak pandai bercakap, selagi tu takkan amik maid. risaulah. at least kalau dah pandai cakap boleh la dia ngadu ke apa kat kita.

plus, initial cost tu teramatlah tidak sesuai dengan bajet kami. huhu.

tapi, keputusannya, ikutlah naluri sendiri. jarang naluri seorang ibu ni salah, kan kan?

Powered By Blogger