Story -Mory
All story mory about me and serounding me
August 13, 2012
salam penghujung ramadhan...semoga kita sentiasa dibawah payung rahmat
eeerrk mayi akal sudaaaaa....lama weh tak asah otak dan jemari tuk karang mengarang.... apapun ai totap merindui uolsssssssssssss
June 30, 2011
MALCOY7 TERUSKAN MISI KEAMANAN
MALCOY 7 teruskan misi keamanan
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
2011/05/20
Pasukan akan berlepas ke Lubnan 21 Julai pikul amanah besar tingkat martabat negara
REPUTASI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempamerkan kesiapsiagaan jitu dalam misi pengaman terus mendapat kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa apabila 360 anggota dan pegawai Kontinjen Darat Malaysian Company 7 (MALCOY 7) bakal meneruskan pelaksanaan misi keamanan di Lubnan.
Ia juga menandakan pembabitan pasukan ketenteraan Malaysia di peringkat antarabangsa semakin kukuh, sekali gus membantu mendokong dasar kerajaan serta mempromosikan negara serta mempamerkan tahap profesionalisme tanpa mengira bangsa dan agama.
MALCOY 7 akan dihantar ke Lubnan selama setahun bermula 28 Julai ini hingga 21 Julai 2012 bagi mengambil alih tugas misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantikan Kontinjen Malaysia (MALCON East 6) yang akan menamatkan misi mereka pada 27 Julai ini.
Ia masih mengekalkan kekuatan tempur yang sama berdasarkan kesinambungan tugas dan tanggungjawab sebagai 'Force Protection' di markas Sektor Timur (SECEAST) di Marjayoun dan Kaukaba di Lubnan.
MALCOY 7 ditubuhkan pada 4 April lalu dan diketuai Left Kol Hasim Mat dari Markas 3 Divisyen dan anggotanya termasuk 36 pegawai dan 234 anggota Tentera Darat, dua pegawai dan 38 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), lima pegawai dan 35 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua pegawai serta lapan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad, berkata komponen Tentera Darat antara elemen utama dalam MALCOY 7 dan berharap anggota dan pegawai terpilih mampu menjalankan tugas dengan cemerlang.
Beliau juga meminta, anggota MALCOY 7 sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme dan komitmen tinggi, selain menggunakan kepakaran yang dimiliki sebaiknya semasa bertugas di Lubnan.
"Anggota juga diminta peka dengan penugasan diberikan nanti, menjaga tingkah laku dan bekerja sebagai satu pasukan bagi membolehkan misi ini beroleh kejayaan serta terus menjulang nama ATM di persada antarabangsa.
"Saya menasihatkan semua anggota dan pegawai yang akan bertugas di Lubnan supaya menjalankan tugas atas niat suci bagi menabur bakti dan meningkatkan martabat negara," katanya ketika berucap sempena Majlis Perbarisan Pengisytiharan Status Operasi MALCOY 7, di Kem Batu 10, Kuantan.
Selain itu, Razali berkata, sejak misi pengaman pertama pada 1960 di Republik Congo, penugasan misi pengaman PBB kini sudah banyak berubah dan bertambah rumit.
"Jika dulu, anggota misi pengaman PBB yang tidak bersenjata hanya ditugaskan untuk memerhatikan gencatan senjata di antara negara bertelagah, namun kini semakin berbeza dan bertambah rumit.
"Ini termasuk membantu membangunkan semula negara bertelagah termasuk menentukan proses pilihan raya di Namibia dan Kemboja, selain perlu melindungi etnik negara bergolak seperti tugas dijalankan di Bosnia Herzegovina dan Somalia serta menentukan kawasan selamat di Kosovo dan juga Lubnan.
"Atas dasar keselamatan dan kemanusiaan, Malaysia akan terus menyokong PBB dan memberi komitmen tinggi dalam misi keamanan sejagat," katanya.
Selain itu, Razali turut mengingatkan aspek kompetensi dan kecerdasan kesihatan adalah faktor utama yang perlu diberi perhatian supaya anggota MALCOY 7 akan sentiasa dapat memenuhi standard pelaksanaan tugas ditetapkan PBB.
--------------------------------------------------------------------------------
Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.
June 28, 2011
Majlis Ramah Mesra dan Sesi Kaunseling Keluarga MALCOY 7
Uwaaaaa bakal d tinggalkan en suami ke lubnan bermula 21 july ....
Sent by Hana from my BlackBerry®
Sent by Hana from my BlackBerry®
April 22, 2011
Sharing is caring
http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/206787_1652241514378_1487232574_31204988_848073_n.jpg
Sent by Hana from my BlackBerry®
Sent by Hana from my BlackBerry®
Subscribe to:
Posts (Atom)
References
- http://www.mybbstore.com/webshaper/store/specials.asp
- http://www.beestar.org/exerciseservlet?cmd=startsampleexerciseconfirm&session_num3=5130498564279576&status=NSTART&descID=700
- http://iteslj.org/v/ei/body.html
- http://www.thecolor.com/
- http://pinkyretrosbazaar.blogspot.com/search/label/Price%20List
- http://www.bbc.co.uk/schools/spellits/
- http://mendidik.blogspot.com/search/label/Pendidikan
- http://www.islamicplayground.com
- http://tamananakku.fotopages.com/?&page=4
- http://yaworldkids.wordpress.com/
- http://tshirtlabuh.wordpress.com/c
- bijak urus wang
- http://www.mypositiveparenting.org/
- http://www.amazing-preschool-activities.com/
My Blog List
-
-
Hello world!3 years ago
-
-
-
This site is no longer maintained14 years ago
-
Maklumat gg susu14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-